Tempat Ibadat

Masjid

 

Masjid Diraja Sultan Suleiman

Nama sebenar masjid ini ialah Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahman Iaitu mengambil sempena nama Sultan Selangor yang ke 5, Sultan Aleiddin Shah (1898-1938) dan pernah menjadi masjid Negeri Selangor. Dibina pada tahun 1932, batu asasnya telah diletakkan oleh DYMM Sultan Aluddin Suleiman Shah yang telah dihadiri oleh Sir Laurence Peel, Setiausaha Agong Tanah Melayu, Tuan J.Lornie, Residen British di Selangor dan dibuka rasmi oleh Sultan Negeri Selangor ketika itu pada tahun 1934.

masjid

 

Masjid India

Bangunan asal Masjid India telah dibina pada tahun 1910 untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan oleh masyarakat India-Muslim yang tinggal di Klang dan kawasan sekitarnya. Masjid ini terletak di Jalan Tengku Kelana, Klang yang merupakan kawasan membeli belah masyarakat India yang terkenal. Bangunan asal masjid ini telah dirobohkan dan digantikan dengan binaan masjid baru pada tahun 1973. Bagaimanapun binaan ini juga telah dirobohkan untuk digantikan dengan masjid 2 tingkat yang baru yang besar dan moden untuk menampung jemaah yang semakin ramai. Masjid ini kini menjadi antara mercu tanda bagi Klang.

masjidindia
Tokong

 

Tokong Kuan Yin

Tokong Kuan Yin yang dibina pada 1892 adalah antara tokong Cina yang tertua di Selangor. Tokong ini telah di istiharkan sebagai bangunan warisan negeri oleh Sultan Selangor agar ia dikekalkan menjadi bangunan bersejarah. Tokong ini telah di baikpulih dengan menggunakan khidmat tukang dari Negara China. Selepas dibaikpulih, keluasan kuil ini 3 kali ganda dari keluasan asal.

tokongklang

 

Kuil

 

Kuil Sri Nagara Thensayuthapani

Kuil Sri Nagara Thandayuthapani yang terletak di persimpangan Jalan Dato Hamzah dan Jalan Bukit Jawa. Ia merupakan antara kuil yang tertua di Klang. Dahulu, kuil ini merupakan tempat dikalangan imigran berugama Hindu beribadat. Kuil ini seakrang menjadi pusat ibadat dan kebudayaan kaum India di Klang.

 

Kuil Sri Nagara Thensayuthapani

Kuil ini dipercayai dibina 120 tahun yang lalu merupakan antara kuil yang tertua di negara ini. Kuil ini terletak di Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah La Salle Klang. Kuil ini juga dikenali sebagai 'Thirupathi Asia Tenggara'. Gopuram yang terdapat di kuil ini mempunyai arca yang diukir menggambarkan tuhan dalam agama Hindu terdapat di pintu masuk ke kuil.

 

Gereja

 

Gereja Our Lady of Lourdes

Bangunan ini merupakan antara bangunan yang tertua di Klang dan dipercayai telah dibina lebih kurang 80 tahun dahulu. Gereja ini terletak di Jalan Tengku Kelana berhampiran Bulatan Simpang Lima, Klang. Gereja ini telah dirasmikan oleh Bishop Perrichon pada tahun 1928. Rekabentuk bangunan ini yang bercirikan senibina 'Gothic' kelihatan sungguh unik dan cat putih pada bangunan menambahkan lagi keindahannya.