Profil MPKlang

Latar belakang

 

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

Tahun Pentadbiran
1890  Lembaga Kesihatan Klang 
1945  Lembaga Bandaran Klang
1954  Majlis Bandaran Klang
1975  Majlis Daerah Klang
1977 hingga kini Majlis Perbandaran Klang

 

Misi & Visi

 

 

Misi

Merancang, Mengawal Pembangunan dan
Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Tinggi
Melalui Mekanisme Tadbir Urus Yang Berdaya
Maju Untuk Masyarakat Klang Yang Harmoni

Visi

" Klang Sebagai Sebuah Perbandaran Bertaraf
Antarabangsa / Dunia Yang Lestari Dengan
Perancangan Secara Holistik Pada Tahun
2020 "

 

 

 
Objective & Strategi

 

Objektif

  • Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan Bersejarah.
  • Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat.
  • Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan.
  • Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.

 

Strategi

  • Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam.
  • Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah.
  • Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.
  • Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. mewujudkan masyarakat yang
  • bertanggungjawab dan berdisiplin.
  • Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan
  • serta terancang.
  • Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk
  • menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'.
  • Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai.
  • Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika.
  • Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin.

 

Moto & Logo

 

Moto

"PERPADUAN SENDI KEKUATAN"

 

Logo

 

logompk

 

 
Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Pencapaian Piagam Pelanggan

 

 

>
Pencapaian Piagam Pelanggan 2019
Pencapaian Piagam Pelanggan 2019
>
Pencapaian Piagam Pelanggan 2018
Pencapaian Piagam Pelanggan 2018
>
Pencapaian Piagam Pelanggan 2018
Pencapaian Piagam Pelanggan 2017

 

Kepakaran Dan Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjalankan Proses Utama Majlis Telah Digariskan Dengan Nyata Terhadap Prestasi Tugas. Petunjuk-Petunjuk Ini Akan Dikaji Semula Oleh Pengurusan Majlis Perbandaran Klang ( MPK ) Untuk Memastikan Organisasi Ini Mencapai Objektif-Objektifnya Semasa Mesyuarat Pengurusan.

** Makluman : Data pencapaian piagam pelanggan untuk bulanOktober, November dan Disember dalam peringkat deraf.

Kualiti, Inovasi, Anugerah & Pencapaian MPK