Jejak Warisan


Peta Warisan

map 

 

Petunjuk

 

 

 

 

Latar Belakang

Inisiatif ini memberikan kelainan serta produk baru khususnya bagi daerah Klang yang begitu sinonim dengan gelaran “Bandar Diraja’ dan sempena Tahun Melawat Selangor 2015. Tourism Selangor mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak iaitu Majlis Perbandaran Klang, Galeri Diraja Klang, serta Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Selangor (STGA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Lumpur (KLTGA), bagi membangunkan dan memperkenalkan Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW). Bandar Klang mempunyai banyak daya tarikan sendiri dari aspek nilai sejarah mahupun nilai-nilai perpaduan bangsa yang pelbagai tinggal bersama dalam keadaan aman dan harmoni.

Maklumat Asas Program

  • Aktiviti “berjalan kaki” yang diketuai oleh pemandu pelancong terlatih, menyelusuri perhentian yang mempunyai nilai sejarah yang menarik.
  • Dijalankan secara percuma untuk pelancong domestic mahupun yang berdaftar melalui laman web Tourism Selangor, siri promosi yang disediakan oleh Tourism Selangor.
  • Perjalanan adalah sejauh lebih kurang 3km dan masa yang akan diambil ialah kira-kira 2 jam 30 minit.
  • Perjalanan hanya dijalankan pada hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahri dan pendaftaran serta tempat bermula perjalanan ialah di Galeri Diraja Klang.

Peranan Tourism Selangor

  • Membuat penyelarasan bersama dengan semua agensi serta NGO yang terlibat dalam acara ini.
  • Penyediaan pemandu pelancong, penyediaan maklumat untuk tujuan latihan kepada pemandu pelancong, modul perjalanan, latihan pemandu pelancong dan penilaian.
  • Penyediaan jadual perjalanan dan proses pendaftaran peserta.
  • Penyediaan bahan promosi bercetak dan elektronik
  • Mengadakan promosi dan hebahan

Peranan Majlis Perbandaran Klang

  • Perancangan jangka masa panjang untuk pembangunan dan kemudahan untuk program ini di setiap lokasi produk.
  • Penyediaan anggota penguatkuasa bagi memantau keselamatan dan pada waktu kecemasan.
  • Penyediaan pekaian seragam pemandu pelancong seperti baju, kajet dan seluar.
  • Penyediaan papan tanda informasi produk di setiap hentian serta papan tanda maklumat penunjuk arah.
  • Penyediaan tempat duduk berehat di setiap hentian.  

Impak

RKTHW merupakan produk yang berpotensi serta berupaya meningkatkan jumlah oengunjung dan luar negara   Mampu melonjakkan taraf ekonomi para peniaga dan penduduk setempat   Penambahbaikan terhadap kemudahan pelancongan di sekitar produk pelancongan Royal Klang Toen Heritage Walk (Cth : Cadangan menaiktaraf jejak Warisan Diraja Klang dan Cadangan menaiktaraf laluan pejalan kaki dan laluan basikal Jalan Tengku Kelana, Klang   Aktiviti RKTHW ini juga mampu meletakkan nama Daeah Klang dalam peta pelancongan dunia dengan menyokong produk-produk pelancongan lain yang terdapat di daerah Klang.